Thursday, May 13, 2010
Wednesday, October 21, 2009
Sajak Sulung
Sila tekan klip video ini untuk mendengarkan deklamasi sajak. Perhatikan cara intonasi sajak yang dilontarkan. Kemudian baca sajak Sulung yang telah disediakan di bawah ini.
Anakku,
kesulunganmu buatku melamun
kau jadi apa?
milik siapa?
semoga tidak apa-apa.
Antara barat dan timur
kucanangkan hala ke timur
dengan kudrat dan iradat
dengan akal dan tawakal
restu ilahi
agar pilihanku tepat
dan benar.
Kesulunganmu
jadi pemimpin
adik-adikmu
yang kehausan ilmu
dengan aliran baratnya
kau tetap berdiri dengan aliranmu
ketimuran yang tulen.
Salah seorang daripada kamu hendaklah tampil ke hadapan untuk mendeklamasi sajak Sulung ini dengan intonasi yang betul.

Penerangan Tentang Elemen-Elemen Dalam Bentuk Sajak
Elemen-elemen yang harus kamu kaji dalam sesebuah sajak ialah:
1) Rangkap
Paling minimun sesebuah sajak mempunyai satu rangkap dan ia boleh mencapai seberapa banyak rangkap.
2) Baris
Setiap rangkap itu mengandungi baris masing-masing. Setiap baris itu pula mempunyai namanya tersendiri:-
* Monoton ialah sajak yang mengandungi satu baris dalam serangkap
Contoh lihat baris akhirnya:
Kini di pesisir pantai yang mengulum rindu gelora
dan sepoi bayu yang menyapa
gadis di pantai berpesan jua
'Oh! Gelora akan sepikah
hati yang rindu ini ke pelabuhan sana?
Gadis di pantai rindu menunggu nur tiba.
* Distikon ialah sajak yang mengandungi dua baris dalam serangkap
Contoh:
Dari musim berlepas dengan kembang mengharum
Tanah menerima rontokan bunga gugur tersenyum
Dari atas suara muzik suci mengiring
Satria berbakti dalam pelukan pertiwi terbaring
* Terzina ialah sajak yang mengandungi tiga baris dalam serangkap
* Quatrain ialah sajak yang mengandungi empat baris dalam serangkap
* Quint ialah sajak yang mengandungi lima baris dalam serangkap
* Sekstet ialah sajak yang mengandungi enam baris dalam serangkap
* Septaim ialah sajak yang mengandungi tujuh baris dalam serangkap
* Oktaf ialah sajak yang mengandungi lapan baris dalam serangkap
* Soneta ialah sajak yang mengandungi empat belas baris yang semuanya mengandungi empat rangkap.
3) Suku kata
Jika suku kata sesebuah sajak itu terdapat lapan hingga dua belas suku kata maka sajak tersebut dinamakan pantun atau syair. Manakala jika sajak tersebut tidak terikat dengan suku kata pantun atau syair maka sajak tersebut dinamakan sajak bebas.
4) Rima
Rima ialah merujuk kepada rentak bunyi sama ada secara pengulangan atau bertentangan yang terdapat pada baris-baris puisi bagi bait-bait tertentu. Rima mungkin terdapat di awal, di tengah atau di hujung perkataan. Ia memberikan nada atau rentak yang menarik bagi sesebuah puisi lama mahu pun puisi moden.
Contoh:
Rima awal
Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
Rima akhir
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Setelah kamu membaca penerangan di atas tentang elemen-elemen yang harus dikaji dalam sesebuah sajak,kamu diminta menjawab soalan kuiz di bawah.
1.Berapa jumlah rangkap yang terdapat dalam sajak 'Sulung' ini.
2.Berapa baris yang terdapat pada rangkap pertama dan apakah nama bagi baris tersebut, begitu juga pada rangkap kedua dan ketiga.
3.Sebutkan suku kata yang terpanjang begitu juga yang terpendek dan nyatakan jumlahnya.
4.Nyatakan rima akhir bagi setiap rangkap.
5.Apakah bentuk keseluruhan sajak tersebut iaitu adakah terikat pada pantun ataupun tidak.`
Aktiviti Kumpulan
Kamu hendaklah membentuk kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai lima orang ahli. Buat satu analisis berdasarkan sajak 'sulung' tersebut.
Analisis yang kamu buat hendaklah mengandungi elemen-elemen bentuk sajak. Jawapan kamu hendaklah di tulis di atas kertas lutsinar yang telah disediakan. Kemudian, wakil dari setiap kumpulan hendaklah membentangkan di hadapan kelas.
Markah yang diberikan adalah secara berkumpulan. Markah akan diberi berdasarkan kerja yang dihasilkan dan teknik penyampaian hasil kerja tersebut. Kumpulan yang mempunyai markah tertinggi akan mendapat ganjaran berbentuk hadiah.

Kerja Rumah
Kamu hendaklah membuat latihan dalam bentuk kerja rumah berdasarkan soalan yang diberikan.
Soalan Kerja rumah:
Buat satu analisis mengenai elemen-elemen bentuk sajak yang terdapat dalam surat khabar seperti Pelita Brunei, Media Permata, majalah Bahana dan sebagainya.
Arahan:
Kerja rumah yang diberikan merupakan tugasan secara individu.
Kamu diarahkan untuk mencari sebuah sajak dari sumber-sumber seperti surat khabar atau majalah. Kemudian buat satu analisis mengenai elemen-elemen bentuk yang terdapat di dalam sajak tersebut.
Hasil kerja hendaklah ditulis di atas kad manila. Kamu boleh merekabentuk kad manila tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian seperti gambar, gam 'glitter' dan sebagainya mengikut daya kreativiti masing-masing.
Semua pembentangan hasil kerja akan diadakan pada kelas berikutnya dan hasil kerja akan dibentangkan di hadapan kelas secara individu. Kamu hendaklah memberikan hasil kerja kamu selepas selesai pembentangan bagi penilaian dan pemberian markah. Markah pembentangan akan diambil kira dari segi kepetahan dan kekreatifan hasil kerja.

Subscribe to:
Posts (Atom)