Wednesday, October 21, 2009

Penerangan Tentang Elemen-Elemen Dalam Bentuk Sajak



Elemen-elemen yang harus kamu kaji dalam sesebuah sajak ialah:

1) Rangkap
Paling minimun sesebuah sajak mempunyai satu rangkap dan ia boleh mencapai seberapa banyak rangkap.

2) Baris
Setiap rangkap itu mengandungi baris masing-masing. Setiap baris itu pula mempunyai namanya tersendiri:-


* Monoton ialah sajak yang mengandungi satu baris dalam serangkap

Contoh lihat baris akhirnya:

Kini di pesisir pantai yang mengulum rindu gelora
dan sepoi bayu yang menyapa
gadis di pantai berpesan jua
'Oh! Gelora akan sepikah
hati yang rindu ini ke pelabuhan sana?

Gadis di pantai rindu menunggu nur tiba.


* Distikon ialah sajak yang mengandungi dua baris dalam serangkap

Contoh:
Dari musim berlepas dengan kembang mengharum
Tanah menerima rontokan bunga gugur tersenyum

Dari atas suara muzik suci mengiring
Satria berbakti dalam pelukan pertiwi terbaring


* Terzina ialah sajak yang mengandungi tiga baris dalam serangkap
* Quatrain ialah sajak yang mengandungi empat baris dalam serangkap
* Quint ialah sajak yang mengandungi lima baris dalam serangkap
* Sekstet ialah sajak yang mengandungi enam baris dalam serangkap
* Septaim ialah sajak yang mengandungi tujuh baris dalam serangkap
* Oktaf ialah sajak yang mengandungi lapan baris dalam serangkap
* Soneta ialah sajak yang mengandungi empat belas baris yang semuanya mengandungi empat rangkap.

3) Suku kata
Jika suku kata sesebuah sajak itu terdapat lapan hingga dua belas suku kata maka sajak tersebut dinamakan pantun atau syair. Manakala jika sajak tersebut tidak terikat dengan suku kata pantun atau syair maka sajak tersebut dinamakan sajak bebas.

4) Rima
Rima ialah merujuk kepada rentak bunyi sama ada secara pengulangan atau bertentangan yang terdapat pada baris-baris puisi bagi bait-bait tertentu. Rima mungkin terdapat di awal, di tengah atau di hujung perkataan. Ia memberikan nada atau rentak yang menarik bagi sesebuah puisi lama mahu pun puisi moden.

Contoh:

Rima awal
Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.


Rima akhir
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.


Setelah kamu membaca penerangan di atas tentang elemen-elemen yang harus dikaji dalam sesebuah sajak,kamu diminta menjawab soalan kuiz di bawah.

1.Berapa jumlah rangkap yang terdapat dalam sajak 'Sulung' ini.

2.Berapa baris yang terdapat pada rangkap pertama dan apakah nama bagi baris tersebut, begitu juga pada rangkap kedua dan ketiga.

3.Sebutkan suku kata yang terpanjang begitu juga yang terpendek dan nyatakan jumlahnya.

4.Nyatakan rima akhir bagi setiap rangkap.

5.Apakah bentuk keseluruhan sajak tersebut iaitu adakah terikat pada pantun ataupun tidak.`

1 comment: